Thursday, December 9, 2010

PUASA SUNAT

Hai......selalu sangat lupa hari-hari yang disunatkan berpuasa.

Dah terlepas baru sedar atau tengah sedap-sedap makan baru tahu kawan kat sebelah berpuasa sunat.Jadi baik catat kat sini.
Secara umumnya, untuk dekatkan diri kepada Allah,
perbanyakkanlah berpuasa sunat.

1.Puasa enam hari dalam bulan Syawal. 
 
Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal. 
Rasulullah SAW pernah bersabda : 
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan kemudian
meneruskannya dengan 6 hari pada bulan Syawal, 
maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang hidupnya."
(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi,
an-Nisaa'i dan Ibn Maajah).
 
 
2.Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 hb hingga 8 hb Zulhijjah. 
 
Dari Hafshah ra, dia berkata, "Ada empat hal yang tidak pernah 
ditinggalkan Rasulullah saw, iaitu puasa Asyura, 
puasa sepertiga bulan (yakni bulan Dzulhijjah), puasa tiga hari 
dari tiap bulan, dan salat dua rakaat sebelum Subuh." 
(HR Ahmad dan Nasa'i).
 
 
3.Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 hb Zulhijjah untuk 
mereka yang tidak menunaikan haji. 
 
Dari Abu Qatadah ra bahwa Rasulullah saw bersabda, 
"Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa selama
 dua tahun, yaitu satu tahun yang telah berlalu dan satu
 tahun yang akan datang."
(HR Jamaah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)
 
 
4.Puasa pada Hari Asyura iaitu 10hb Muharram.
 
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata, "Nabi saw datang 
ke Madinah lalu beliau melihat orang-orang Yahudi 
berpuasa pada hari 'Asyura', maka Nabi bertanya,
 'Ada apa ini?' Mereka menjawab, hari 'Asyura' itu 
hari baik, hari Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa saw
 dan Bani Israel dari musuh mereka sehingga Musa as 
berpuasa pada hari itu. Kemudian, Nabi saw bersabda, '
Saya lebih berhak terhadap Musa daripada kamu', lalu Nabi saw
 berpuasa pada hari itu dan menganjurkan orang agar berpuasa 
pada hari itu. " (Muttafaq alaihi).
 
 
5.Puasa pada Hari Asyura ini sebaiknya dikembarkan dengan
 berpuasa pada 9hb atau 11hb Muharram kerana Rasulullah
tidak mahu menyerupai puasa orang Yahudi.
 
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata, "Tatkala Rasulullah
saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan memerintahkan
orang-orang agar berpuasa pada hari itu, mereka
berkata, "Ya Rasulullah, ia adalah hari yang
diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani," maka Nabi
saw bersabda, "Jika datang tahun depan, insya Allah
kami berpuasa pada hari kesembilan (dari bulan
Muharrom)." Ibnu Abbas ra berkata, "Maka belum lagi
datang tahun depan, Rasulullah saw sudah wafat." (HR
Muslim dan Abu Daud).
 
Para ulama menyebutkan bahwa puasa Asyura' itu ada
tiga tingkat: tingkat pertama, berpuasa selama tiga
hari yaitu hari ke 9, 10 dan 11.
Tingkat kedua, berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10. 
Tingkat ketiga, berpuasa hanya pada hari ke 10 saja.


6.Banyak berpuasa dalam bulan Sya'ban kecuali

pada hari syak iaitu 30 hb Sya'ban.

Dari Aisyah ra berkata, "Saya tidak melihat Rasulullah saw
melakukan puasa dalam waktu sebulan penuh, kecuali
pada bulan Ramadhan dan tidak satu bulan pun yang Nabi
saw banyak melakukan puasa di dalamnya daripada bulan
Sya'ban." (HR Bukhari dan Muslim).
 
 
7.Puasa pada hari Isnin dan Khamis. 

Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w menceritakan :

"Rasulullah s.a.w selalu bersungguh- sungguh untuk berpuasa

pada hari Isnin dan Khamis." (Sahih Sunan Al- Tarmizi)

Hal ini berdasarkan pada hadis Abu Hurairah ra, bahwa
Nabi saw lebih sering berpuasa pada hari Senin dan
Kamis, lalu orang-orang bertanya kepadanya mengenai
sebab puasa tersebut, lalu Nabi saw menjawab,
"Sesungguhnya amalan-amalan itu dipersembahkan pada
setiap Senin dan Kamis, maka Allah berkenan mengampuni
setiap muslim, kecuali dua orang yang bermusuhan, maka
Allah berfirman, "Tangguhkanlah kedua orang (yang
bermusuhan ) itu!" (HR Ahmad dengan sanad yang sahih).
 
 
8.Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah. 

Hadis daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Wahai Abu Dzar jika engkau mahu berpuasa 3 hari dalam sebulan maka berpuasalah pada 13,14 dan 15 hari bulan. "


9.Berpuasa selang-seli (seperti puasa Nabi Daud)
Dari Abdullah bin Amr berkata, Rasulullah saw telah
bersabda, "Puasa yang paling disukai Allah adalah
puasa Daud dan salat yang paling disukai Allah adalah
salat Daud. Ia tidur seperdua (separuh) malam, bangun
sepertiganya, lalu tidur seperenamnya, dan ia berpuasa
satu hari lalu berbuka satu hari."

No comments:

Post a Comment