Sesuai dengan hadis Abu Hurairah dalam Hadis 38 susunan Imam Nawawi, kita dianjurkaan untuk mendekatkan diri dengan ibadah2 sunat. Ini termasuklah solat2 sunat. Kalau nak dikirakan terlalu banyak solat yang boleh dilakukan. Malah kalau larat seluruh hari boleh dipenuhi dengan solat tapi mengawasi waktu2 haram. Kita dianjurkan untuk beristiqamah dalam beribadat. Biar sedikit tapi berkekalan, jangan banyak hingga membuahkan jemu. Apakata kita mula dengan yang lebih afdhal. Dah mantap baru tambah dengan yang lain2
1. Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
2 rakaat sebelum subuh
2 rakaat sebelum zohor
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isyak
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar. Hadis riwayat Tirmizi.
2 Solat Witir
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Ia lebih afdhal dari solat sunat yang lain.
"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."
Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Jumlah minima solat witir itu ialah 1 rakaat sebaik-baiknya 3 rakaat (2 + 1) dan maximanya 11 rakaat dengan 6 salam
3 Solat Sunat Dhuha
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Doa solat dhuha
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ ْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَعِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
bersambung
No comments:
Post a Comment