Wednesday, December 8, 2010

JOM KITA BERUBAH

Susahnya nak jadi seorang mu’min, perlu melalui banyak cabaran terutama dalam era globalisasi ni. Keliling kelalang kita ada aje unsur yang mengajak kita berbuat maksiat. Kalau tak yang besar, yang kecil-kecil. Tapi yang kecil-kecil tu kalau selalu dilakukan akhirnya boleh jadi sebati dengan diri kita, jadi akhlak dan peribadi kita. Kenalah kita melawan dorongan hawa nafsu yang mengarah kepada segala yang menyeronokkan, tak kira halal atau haram. Godaan diperhebatkan lagi dengan bisikan syaitan.Bukan setakat syaitan yang tak nampak tapi juga syaitan dalam bentuk manusia yang perangai macam syaitan. Itulah yang dinamakan mujahadah yang Allah beri ganjaran yang besar kerananya.

Seorang mu’min kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dari jahat jadi baik, dari baik jadi lebih baik lagi. Ini bukan kerja sehari dua tapi merupakan kerja yang berterusan. Seorang mu’min itu, hari ini lebih baik dari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini.

Dalam usaha memperbaiki diri, kenalah buat secara istiqamah (konsisten). Biar dimulai secara berdikit tetapi melekat terus sebagai amalan. Janganlah ketika bersemangat contohnya masa baru balik dari menghadiri kem motivasi, siang malam kita melakukan ibadat khusus. Tilawah Al-Quran, bermacam-macam solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. Lepas beberapa hari, kita hilang stamina dan rasa jemu mula menyelinap masuk. Akhirnya satu persatu amalan yang baik itu kita tinggalkan. Kita kena ingat hadis

Allah tidak akan rasa jemu sehinggalah hambanya merasa jemu

No comments:

Post a Comment