Wednesday, December 8, 2010

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Allah telah berfirman tentang tujuan penciptaan manusia dan jin:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku

Az Zariyat 51 : 56

Takrif Ibadah

Bahasa: merendah diri, tunduk,patuh dan taat

Istilah syara’: merendah diri, tunduk, patuh dan taat sepenuhnya untuk Allah swt

Ciri-ciri ibadah dalam Islam

1 Perhubungan manusia dengan Allah adalah secara terus tanpa perantaraan (orang tengah)

2 Tidak terkongkong pada satu2 tempat shj. Bukan hanya di masjid. Seluruh muka bumi adalah tempat beribadat kecuali tempat2 yg kotor

3 Keluasan ruang lingkup ibadah – meliputi seluruh aktiviti kehidupan manusia .Terbahagi kepada dua :

(a) Ibadah khusus seperti solat, puasa, baca Quran,dll

(b) Ibadah umum : segala perkara selain di atas yang dilakukan untuk cari redha Allah

Syarat sesuatu amalan menjadi ibadah:

1. Mestilah sesuai dgn syarak, tidak melanggar hukum2 Islam

2. Dilakukan ikhlas kerana Allah

3. Tidak meninggalkan ibadah yang wajib

No comments:

Post a Comment